June 26th, 2010 by admin
Assalamualaikum semua. EnchantedForest Studio baru sahaja lepas waktu yang sangat sibuk. Bermacam-macam jenis job yang kami siapkan dalam tempoh 3 bulan yang lepas. Fashion show, Interior shoot, kitchen profile, company trip, paintball event (bukan sekali tetapi 2x), mother’s & father’s day celebration dan wedding coverage. Alhamdulillah tak rasa bosan sebab setiap assignment berbeza dan ada challenge yang tersendiri.
Disini saya update kan beberapa job yang terbaru untuk tatapan pengunjung sekalian.
Puri Pujangga Interior Shoot for Casa Impian.



Our long term client Casa Impian request untuk Interior Shoot hotel Puri Pujangga yang terletak di UKM Bangi. Casa Impian terlibat dalam rekabentuk dalaman hotel ini.
Nadayu Property Launch - Jadi Batek Fashion Show





Jadi Batek adalah sebuah Galeri Batek terkemuka di Kuala Lumpur. Fashion Show ini memaparkan koleksi terbaru casual wear dan evening wear mereka. Model-model dari Carat Communications.
Paintball tournament for HSBC Amanah Takaful at Mudtrekker Kuang.






Client regular kami mengadakan Tournament Paintball buat kali kedua bertempat di Mudtrekker, Kuang. Aksi lebih menarik berbanding tahun lepas kerana peserta-peserta sudah pandai berstrategi dan menyerang pihak lawan.
Tags: casa impian, enchantedforest, enchantedFOREST Photography & Videography services, enchantedstudio shah alam, Fashion shoot, HSBC Amanah Takaful, INMY, interior hotel shoot, paintball
Posted in Commisioned Jobs, Events | No Comments »
March 30th, 2010 by Amrufm
Assalamualaikum semua.
Disamping menyediakan perkhidmatan fotografi untuk corporate event, wedding & private event, kami di enchantedForest Studio juga tidak mengabaikan tanggungjawab sosial kami. Dari masa ke semasa kami memenuhi permintaan untuk charity event.
Hari Ahad yang lalu, kami ke Gua Damai, Batu Caves untuk Green Trekkerz Charity Climb 2010. Diadakan selama 2 hari oleh Green Trekkerz, sebuah organisasi yang diasaskan oleh pencinta aktiviti ekstrem seperti Mountain Biking, Wall climbing, Mountain climbing dll.

Ini adalah edisi ke 2 charity climb ini diadakan. Peserta-peserta membayar RM38 seorang dan kesemua keuntungan di agaihkan kepada 2 buah rumah penjagaan anak yatim. Pada tahun lepas Green Trekkerz berjaya memungut RM4000+. Berita baik pada tahun ini kerana sebanyak RM10,033 berjaya dikutip!


Yang datang semuda usia sekolah rendah sehingga ke umur hampir 50an. Tahap kesukaran memanjat adalah sekitar 5C ke 5C+. Kepada pembaca yang tidak tahu, darjah kesukaran wall climbing diukur mengikut ukuran (dari yang paling senang) 4C, 4C+, 4B, 4B+, 4A, 4A+, 5C……….8A. Bagaimanapun tahap 8 adalah untuk pakar wall climbing.


Cuaca yang panas dan terang adalah sesuai untuk aktiviti ini. Walaupun panas dan terik, kebanyakan peserta berjaya sampai ke puncak yang ditetapkan. Jika hujan, alamatnya semua tidak dapat memanjat
Tahniah kepada crew Green Trekkerz dan terima kasih kepada peserta-peserta yang beramal.
Sertai kami di facebook!
enchantedFOREST Studio
Tags: Batu Caves, belayer, charity event, Damai Cave, ef studio, enchantedforest, Green Trekkerz Charity Climb 2010, Gua Damai, Kampung Nakhoda, malaysia, rock climbing, Wall climbing
Posted in charity event | No Comments »