Product shoot: Jewellery & Women portraiture
Wednesday, August 18th, 2010Assalamualaikum all. Selamat berpuasa kepada yang beragama Islam. Kami di EnchantedFOREST Studio sedang sibuk dengan in house training program. Pelbagai session photography dirangka untuk meningkatkan kualiti photographer kami. Antara cabang photography yang jarang kami buat adalah product photography. berikut adalah hasil photoshoot yang dibuat sekitar minggu lepas. Dalam masa terdekat kami akan buat photoshoot untuk “custom made jewellery” yang di import dari Thailand.

Barang Kemas dari Emas Kuning memang menyerlah
Apabila selesai sesi produk jewellery yang akan datang, saya akan postkan disini
EnchantedFOREST adalah ahli didalam BNI (Business Network International) melalui Amru selaku Photographer didalam Chapter United. Setiap minggu sejumlah 55 ahlinya bermesyuarat di Wisma Bakti, TTDI. Laman Web rasmi boleh dilihat di SINI.
Pada minggu lalu, Debbie Chan selaku Fashion retailer di BNI United telah membuat presentasi 8 minitnya dan telah merancang sebuah mini fashion show. Model-modelnya terdiri dari ahli-ahli United sendiri. Selepas mesyuarat, Amru telah mengadakan mini photoshoot untuk mereka.









