Posts Tagged ‘Wall climbing’

Green Trekkerz Charity Climb 2010

Tuesday, March 30th, 2010

Assalamualaikum semua.

Disamping menyediakan perkhidmatan fotografi untuk corporate event, wedding & private event, kami di enchantedForest Studio juga tidak mengabaikan tanggungjawab sosial kami. Dari masa ke semasa kami memenuhi permintaan untuk charity event.

Hari Ahad yang lalu, kami ke Gua Damai, Batu Caves untuk Green Trekkerz Charity Climb 2010. Diadakan selama 2 hari oleh Green Trekkerz, sebuah organisasi yang diasaskan oleh pencinta aktiviti ekstrem seperti Mountain Biking, Wall climbing, Mountain climbing dll.

01

Ini adalah edisi ke 2 charity climb ini diadakan. Peserta-peserta membayar RM38 seorang dan kesemua keuntungan di agaihkan kepada 2 buah rumah penjagaan anak yatim. Pada tahun lepas Green Trekkerz berjaya memungut RM4000+. Berita baik pada tahun ini kerana sebanyak RM10,033 berjaya dikutip!

02

03

Yang datang semuda usia sekolah rendah sehingga ke umur hampir 50an. Tahap kesukaran memanjat adalah sekitar 5C ke 5C+. Kepada pembaca yang tidak tahu, darjah kesukaran wall climbing diukur mengikut ukuran (dari yang paling senang) 4C, 4C+, 4B, 4B+, 4A, 4A+, 5C……….8A. Bagaimanapun tahap 8 adalah untuk pakar wall climbing.

04

05

Cuaca yang panas dan terang adalah sesuai untuk aktiviti ini. Walaupun panas dan terik, kebanyakan peserta berjaya sampai ke puncak yang ditetapkan. Jika hujan, alamatnya semua tidak dapat memanjat :P

Tahniah kepada crew Green Trekkerz dan terima kasih kepada peserta-peserta yang beramal.

Sertai kami di facebook!

enchantedFOREST Studio